W.E.L.C.O.M.E

TiaDa benda Yang Lebih beRHarga meLaInKaN PenGaLaMaN...

Sabtu, 26 Mac 2011

Hati Kecilku Bisa Menangis

Kalau dulu sajak Bumi Menangis
Kala ini pula sajak Hati Kecilku Bisa Menangis
mungkin sejak akhir-akhir ini jiwa mudah tersentuh
bak kata orang "em0"
bukan apa, bila mengenangkan nasib diri
yang sering kali diperkotak-katikkan....
sering kali dipermainankan....
arghhhh, perSETAN semua itu...

Mengapa dikau melafazkan ikrar
ibarat menanam tebu di bibir
hanya manis semata-mata
hakikatnya dikau hanya berdusta
sehinggaku percaya semua janji janji palsumu itu

Ada kalanya
Hati kecilku menangis
mengenang nasib
tiada siapa yang mengetahui
tiada siapa yang peduli
tiada siapa yang memahami
tiada siapa yang sudi menyelami
serta membongkar rahsia hati
yang luka di dalamnya
semakin parah
hanya tuhan sahaja yang tahu

Daku tidak mampu meluahkan
dengan kata kata
kerna daku tidak berdaya
siapalah daku
untuk menyekat kebahagiaan dikau
andainya dikau berasa
bahagia dengan insan yang baru

Sekali lagi
hati kecilku menangis
walaupun sukar mengalirkan
air mata
namun hatiku bisa menangis
tatkala terbayang kenangan silam
suka duka bersamamu

Izinkan daku mengundur diri
mengorak serta mengatur langkah
agar daku bisa pergi dari sisimu
yang ternyata perkenalan serta
pertemuaan kita
hanyalah satu kesilapan.....

Khamis, 24 Mac 2011

ADAKAH ANDA????

i nk share ana punya rakan sperjuangan punya point..
sori klau artikel ni panjang sangat: peace:)
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...

tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa machine gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah... " Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... " "

Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa machine gun .. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung .. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran" "Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan ???

Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? wallahuaallam..