W.E.L.C.O.M.E

TiaDa benda Yang Lebih beRHarga meLaInKaN PenGaLaMaN...

Selasa, 18 Januari 2011

Hikayat Panji Semirang


Antara banyak cerita sastera...
daku paling suka cerita Hikayat Panji Semirang
s0 tak hairanlah nama gelaran taw nama komersialku
turut menggunakan nama Panji
adakah satu kebetulan??
adakah satu tindakan diluar jangkaa??
ahh...
tak kisahlah..
janji nama MEGAT PANJI ALAM
itu dah sinonim dengan diriku
Kata sini bukan daku nak memceritakan tentang nama MEGAT PANJI ALAM
p daku nak story tentang cerita Hikayat Panji Semirang
yang nama MEGAT PANJI ALAM itu maybe next episode kot....hehehe

Cerita Hikayat Panji Semirang mengisahkan
Tema: percintaan antara dua anak raja dari tanah jawa
Latar tempat: Daha, Kuripan, Gegelang, Gunung Wills dll
Sinopsis:
Berdasarkan teks Hikayat Panji Semirang, ceritanya bermula dengan pengenalan keempat-empat ratu yang bersaudara di antara satu sama lain, iaitu Ratu Kuripan, Daha, Gegelang dan Biku Gandasari. Mereka ini ialah jelmaan para dewa kayangan. Ratu Kuripan adalah saudara yang tertua dan dia menjadi raja di negeri Kuripan. Baginda mempunyai seorang isteri serta anak yang bernama Raden Inu Kertapati. Sementara Ratu Daha saudara kedua kepada Ratu Kuripan. Baginda mempunyai tiga orang isteri iaitu Permaisuri, Mahadewi dan Paduka Liku. Beliau juga memiliki dua orang puteri iaitu Galuh Cendera Kirana dan Galuh Adjeng. Dikatakan Ratu Daha adalah seorang yang terlalu mengasihi perempuan dan terlalu mengikut kata-kata perempuan.

Dalam bahagian ini juga diceritakan tentang Ratu Gegelang. Baginda mempunyai seorang anak lelaki bernama Raden Singa Menteri. Manakala saudara keempat para ratu di Jawa iaitu Biku Gandasari. Baginda dikatakan bertapa di gunung Wills dan tidak berkahwin. Baginda berupaya mengetahui perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada jauh ataupun dekat.

Dalam bahagian pengenalan ini diceritakan yang Galuh Cendera Kirana dan Raden Inu Kertapati telah ditunangkan. Bagaimanapun terjadi perpisahan di antara mereka berdua setelah Permaisuri Daha diracuni oleh Paduka Liku.

Dalam masa pengembaraan ini banyak peristiwa terjadi. Misalnya penyamaran, pertukaran nama, peperangan, permainan wayang dan sebagainya. Babak paling menarik dalam cerita panji adalah babak-babak penyamaran. Penyamaran dalam cerita-cerita panji bertujuan untuk: menyembunyikan identiti sebenar supaya jalan cerita menjadi bertambah panjang dan menarik.

Raden Galuh Cendera Kirana bertindak melarikan diri dari istana dan membina sebuah negeri yang lain. Ketika itu dia telah mengarahkan kedua-dua pengiringnya (yang telah menyamar menjadi pahlawan) bertindak merampas harta benda orang yang lalu lalang berhampiran dengan negeri mereka. Raden Galuh Cendera Kirana pula bertindak menyamar menjadi pria dan menukar nama menjadi Panji Semirang Asmarataka. Antara yang dirampas ialah barang-barang hantaran pihak Raden Inu kepada Galuh Cendera Kirana yang disangkakan oleh mereka masih berada di istana Ratu Daha. Rampasan itu membuatkan Raden Inu sendiri yang kemudiannya pergi ke negeri Panji Semirang.

Penyelesaian dapat dilakukan bagaimanapun Inu tidak tahu raja yang sedang berhadapannya adalah Galuh Cendera Kirana. Raden Inu kemudiannya ke istana Daha dan diberitahu bahawa Raden Galuh Cendera Kirana telah hilang dari istana. Sebagai ganti, Inu dikahwinkan dengan Galuh Ajeng. Inu pula sentiasa teringat-ingat Panji Semirang Asmarataka (Galuh Cendera Kirana) yang ditemuinya semasa dalam perjalanan ke istana Daha. Tambahan pula dia merasa benci dengan sikap Galuh Ajeng yang terlalu mengada-ngada. Akibatnya Inu lari meninggalkan isterinya itu lalu keluar mengembara mencari Panji Semirang yang dirasakan olehnya mempunyai daya tarikan yang istimewa dan “unik”.

Peleraian cerita berlaku apabila watak Raden Galuh Cendera Kirana yang menyamar sebagai pemain gambuh telah ditemu dan mengenali oleh Raden Inu Kertapati. Yang aneh dalam setiap cerita panji, watak Galuh pasti akan mengenali watak Inu yang sedang menyamar. Bagaimanapun Galuh Cendera Kirana sukar sekali untuk dikenali Raden Inu Kertapati yang sedang dalam penyamaran. Cuma dikatakan Inu amat tertarik dengan orang yang sedang berhadapan dengannya dan cara layanan Inu terhadap “lelaki” yang bersama-samanya agak aneh. Layanannya seolah-olah lelaki itu perempuan terutama terhadap Panji Semirang.

Identiti Galuh Cendera Kirana diketahui oleh Raden Inu apabila dia ternampak Raden Galuh Cendera Kirana sedang bermain-main dengan anak-anakkan emas pemberiannya. Selepas pertemuan itu kedua-dua mereka pulang ke istana Ratu Kuripan dan dikahwinkan.

4 ulasan:

  1. Andaikan ada produser yg mem film kan kisah ini. Pasti sangat menarik, asal digarap utk konsumen dunia, dg tdk meninggalkn budaya aslinya.

    BalasPadam
  2. Assalam Admin
    Sila mohon keizinan menggunakan ilustrasi saya dari buku saya HIKAYAT : FROM THE ANCIENT MAKAY KINGDOMS. Terimakasih.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Assalam Admin
    Sila mohon keizinan menggunakan ilustrasi saya dari buku saya HIKAYAT : FROM THE ANCIENT MALAY KINGDOMS. Terimakasih.

    BalasPadam